Ibnu Abbas r.a. berkata: orang pertama yang akan dibangkitkan ialah Rasulullah S.A.W. Jibril a.s. akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersama pakaian syurga.
Ketika Rasulullah berdiri, baginda membuang tanah di atas kepala dan janggutnya. Baginda melihat kanan dan kiri, mendapati tiada lagi bangunan. Baginda S.A.W. menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Baginda S.A.W. bertanya: Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?
Jibril menjawab: Wahai Muhammad, hari ini ialah hari kiamat.
Kemudian Jibril a.s. berkata kepada baginda S.A.W.: Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad!
Jibril a.s bersama Buraq datang ke arah Rasulullah S.A.W. Buraq cuba meronta-ronta.
Jibril a.s. berkata kepadanya: Wahai Buraq! Mengapa kamu tidak mahu orang semulia ini menunggangmu?
Buraq menjawab: Aku tahu semua ini. tetapi, aku mahu dia mensyafaatiku sebelum menunggangku. Sesungguhnya, Allah S.W.T akan datang dalam keadaan yang marah.
Baginda S.A.W bersabda: Ya, sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberinya.
Setelah bersetuju, Buraq pun membenarkan Rasulullah S.A.W. menunggangnya. Selepas itu, Malaikat Israfil a.s. menyeru agar semua manusia bangkit dari tubuh bumi. Setelah dibangkitkan,
Jibril a.s. menyeru: Wahai makhluk, datanglah kamu ke tempat perhimpunan Allah Taala.
Umat-umat datang di dalam satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad S.A.W. berjumpa satu umat,
Baginda bertanya: Di mana umatku?
Jibril a.s. menjawab: Wahai Muhammad, umatmu adalah umat yang terakhir.
Apabila mendengar jawapan tersebut, Nabi Muhammad menangis lalu bertanya: Wahai Jibril, bagamana keadaan umatku yang melakukan dosa?
Jibril segera menunjuk ke arah umat Rasulullah. Apabila Rasulullah melihat mereka, mereka berasa gembira dan berkata: Wahai Muhammad!
Air mata mereka mengalir di pipi. Nabi Muhammad bersabda: Wahai Umatku!
Mereka terus menangis dan berkumpul di sisi Rasulullah. Kemudian, Allah S.W.T. mengarahkan Jibril supaya menyuruh Malaikat Malik a.s. (penjaga neraka) agar membawa Neraka Jahanam ke situ.
Malik menjerit ke arah Neraka dengan sekali jeritan yang mengerunkan. Api dinyalakan sehingga membuatkan kesemua makhluk menangis.. Air mata berhenti dan digantikan dengan air mata darah.
Di padang masyar, orang yang mula-mula berusaha ialah Nabi Ibrahim a.s.
Baginda menyeru: Tuhanku dan Penguasaku, aku adalah khalil-Mu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini. Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.
Kemudian, Nabi Musa datang lalu menyeru: Kalam-Mu aku tidak meminta kepada-Mu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam.
Isa a.s. pula datang lalu menyeru: Tuhanku, aku tidak meminta selain diriku. Selamatkanlah au dari kacau bilau Jahanam.
Nabi Muhammad S.A.W. kemudiannya menyeru: Tuhanku, aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku.
Oleh itu, sedarlah bahawa Rasulullah lebih mementingkan umatnya(kita) daripada dirinya sendiri. Sama-samalah kita berselawat dan menjalankan sunnah beliau bagi menunjukkan rasa kasih dan sayang kepada Rasulullah S.A.W. Nantikan sambungan kisah ini pada post akan datang.
Saturday, April 4, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)